Pokok Hempedu Bumi |
Assalamu'alaikum... pokok atas ni tumbuh dkt tepi dapur rumah sue..
Pokok ni mudah saja di tanam melalui keratan batang atau biji benih dan jangka hayat untuk satu pokok boleh mencecah setahun.
Antara kegunaan pokok hempedu bumi adalah untuk merawat penyakit darah tinggi, kencing manis, luka-luka bahkan boleh digunakan untuk menurunkan kadar kolestrol yang tinggi.
Untuk merawat penyakit darah tinggi, kencing manis atau menurunkan kadar kolestrol ialah dengan meminum air rebusan dari pokok ini.. keseluruhan ya dan jgn lupa bersihkan dulu pokok tu sebelum di rebus.
Untuk luka, hanya perlu melumatkan daun hempedu bumi ini dan tampal pada bahagian luka.
Tapi ada juga cara mudah yg boleh digunakan iaitu dengan merendamkan 5 atau 7 helai daun hempedu bumi dengan air panas didalam gelas kemudiaan tutupkan, biarkan sehingga agak suam dan minum airnya. Ni cara yang mak sue guna.. simple kan..tapi konon daun tu mesti dalam nilai ganjil..tak bole genap.. jgn tanya coz sue tak tau sebab musababnya..
Alhamdulillah pokok hempedu bumi ni dah banyak berjasa kepada kami khususnya untuk penyakit darah tinggi mak sue....
Sesungguhnya setiap penyakit itu datangnya dari Allah dan setiap kesembuhan itu juga datangnya dari Allah.. ..
Bagus plak pokok ni kan Sue..
ReplyDeletendak pernah plak tgk real..
klu ada dijual di pasar mau tanam juga lah.. buat ubat kan?..:)
Alhamdulillah mmg bagus jg la.. tp pahit gila.. ndak tahan aku minum.. stakat ni sue ndak perna lg jumpa d jual d pasar.. mau ka? mn tau sue ble collect seed dia.
Deletebg haiqal minum, kompem segar wkwkw
ReplyDeletebg try minum kat mama dia dl.. br tau segar ke tak wkwkwk
Delete